Shalom semua.
Ruangan perkongsian dalam Sabahdoaku ini saya mulakan dengan apa yang
ditulis oleh Rasul Paulus kepada jemaat di Filipi. Suasana jemaat di Filipi
pada ketika Rasul Paulus menulis ialah mungkin dalam keadaan yang tidak
bersatu, mungkin sekali mereka berpuak-puak tidak mempunyai satu tujuan yang
jelas. Rasul Paulus merasakan perlu ada kesatuan dalam tubuh Kristus agar kasih
Kristus terpancar dan memberikan kesaksian yang baik kepada mereka-mereka yang
belum mengenal Kristus.
Firman ini juga memberikan pesan kepada kita pada masa ini. Sempurnakan
sukacita kita di dalam Tuhan dengan mempunyai kesatuan iaitu sehati, sefikir
dalam kasih Tuhan agar kita mempunyai matlamat dan visi yang jelas dalam Tuhan.
Keberadaan kita di bumi Sarawak ini bukanlah suatu kebetulan dan kewujudan
jemaat Tuhan di negeri ini harus memberikan impak yang besar, kesaksian yang
murni dan kasih Tuhan memberkati kepada jiwa-jiwa yang belum mengenal Kristus.
Kewujudan pelbagai denominasi dan aliran Gereja bukanlah sesuatu yang
membuatkan kita beroperasi atau berfungsi secara bersendirian namun melihat
perkara ini sebagai positif apabila semua jemaat-jemaatNya bersatu dalam
menghadapi cabaran yang mendepani kehidupan dalam jemaat. Kita semua rindu akan
kesatuan tubuh Kristus dan begitu juga Bapa kita yang di Syurga. Amen?
Saya akhiri perkongsiaan ringkas ini dengan doa agar banyak lagi
jiwa-jiwa dan bangsa di Sabah mengenal Kasih Tuhan melalui kita orang-orang
yang percaya kepada Kristus.

0 comments:
Post a Comment