Saya
mulakan dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini di mana suatu gerakan
untuk memurtadkan orang-orang Kristian terutamanya pelajar-pelajar sekolah,
kolej dan universiti, orang-orang miskin dan mereka yang tinggal di kawasan
pendalaman.
Sudah
pasti perkara ini menjadi cabaran besar kepada kita semua sebagai orang-orang
Kristian tidak kira apapun denominasi gereja yang kita hadiri. Perkara ini
berlaku mungkin disebabkan kelemahan didikan ajaran Kristian yang teratur,
ibubapa yang hanya mementingkan pelajaran disekolah dalam masa yang sama tidak
memberikan perhatian kepada perkembangan dari segi rohani.
Orang-orang
Kristian terdiri daripada sebuah keluarga harus mempunyai hubungan yang baik
dengan gereja setempat. Permasalahan dan cabaran mengenai kepercayaan perlu
dirujuk kepada gereja setempat. Gereja setempat juga harus memainkan peranan
penting terutamanya memperhatikan makanan rohani ahli-ahli gereja.
Dalam
gereja yang besar sudah pastilah mempunyai jemaat yang ramai dan amatlah sukar
untuk pihak gereja untuk menjaga ahli-ahli gereja yang sangat ramai. Antara
langkah awal yang boleh dilaksanakan ialah;
(i) MEwujudkan
kelompok-kelompok sel supaya jemaat gereja boleh bersekutu di dalam
kelomok-kelompok kecil di rumah-rumah mereka masing selain mereka menghadiri
kebaktian minggu di gereja.
(ii)
Tubuhkan
kelas-kelas pemuridan di gereja secara teratur dan sistematik bagi setiap
golongan kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan juga para ibubapa.
Setiap
keluarga Kristian perlu memandang berat soal ini kerana ini melibatkan masa
depan anak masing-masing.
Jangan
berdiam. Sekiranya berlaku ada agenda permurtadan terus laporkan kepada pihak
Gereja dan pihak Polis.
Sabahdoaku.blogspot.com

0 comments:
Post a Comment