Wednesday, 19 August 2015

Kumpulan Kristian yang mewakili pelbagai kelompok dominasi di Sabah kini bekerjasama dalam kempen persaingan agama susulan beberapa cubaan untuk mengislamkan mereka.
Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) akan keluar selama enam bulan untuk berkumpul bersama Kristian pribumi untuk bersatu menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan berkenaan penggunaan kalimah Allah untuk Kristian Bumiputera.
-Petikan the Malaysiainsider.com bertarikh 23 Januari 2014.

Sudah lebih setahun berlalu petikan daripada portal berita themalaysianinsider ini yang menyeru supaya orang-orang Kristian di Sabah supaya bersatu. Tidak kira apapun denominasi gereja yang diikuti, orang-orang Kristian harus mengutamakan kesatuan tubuh Kristus.

Antara cabaran terbesar yang hebat terjadi kepada masyarakat Kristian di bandar mahupun luar bandar adalah isu permurtadan.

Antara penyebabnya adalah tawaran atau dijanjikan sejumlah sumber kewangan kepada yang ingin bertukar agama. Faktor ini dilihat sedikit sebanyak mengungat keiman lebih-lebih lagi masyarakat Kristian di luar bandar yang sebahagiannya tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Taraf hidup yang meningkat dengan kenaikan harga barang, perlaksanaan cukai barang GST telah memungkinkan faktor diatas berlaku.

Gereja-gereja di Sabah dan orang orang percaya di negeri ini perlu bekerjasama mencari jalan bagaimana mengatasi isu ini.





0 comments:

Post a Comment

Popular Posts