Friday, 29 May 2015

Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan/Dusun sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan pada 31 Mei setiap tahun dan akan diadakan peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan dahulunya upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan - ketua pendita.

Kini, bagi masyarakat Kadazan/Dusun yang sudah percaya kepada Tuhan Yesus Kristus perayaan Pesta Kaamatan tetap diadakan dengan unsur-unsur yang menyenangkan Tuhan. Upacara penyembahan berhala, pemujaan harus dihindari. Tabiat meminum arak (alcohol) yang memabukkan juga harus dihenti kerana banyak membawa kemudaratan kepada kesihatan.

Aktiviti ziarah menziarahi terus dipupuk sementara itu permainan tradisi dan alatan muzik wajar teruskan bagi kesinambungan budaya agar tidak luput ditelan zaman.

Pesta Kaamatan disambut bersama ahli keluarga, sahabat handai serta rakan tualan dengan penuh rasa kesyukuran atas berkat kesihatan, kebahagiaan, kelimpahan oleh Kasih Karunia Tuhan.

Sabahdoaku.blogspot.com



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts